Followers

Thursday, December 30, 2010

Pengantin Terakhir Tahun 2010




Tahniah buat Shaiful dan isteri Alin dari Pekan Nenas, Pontian.
Terima kasih atas kerjasama yang kalian berikan, semoga berbahagia ke akhir hayat, Insyallah.

Resepsi : 18hb Disember 2010
Lokasi : Pekan Nenas, Pontian

Jurufoto: Isometrikdp 013.2377983
1st Camera : D80. Tokina 12-24mm
2nd Camera : D3000. Nikkor 18-55mm

Pakej : Custom Album 8x12, Stickey Album, Frame 10R

Pertanyaan & Tempahan Jurufoto untuk 2011 sila call/sms 013.2377983 atau
email isometrikdp@yahoo.com

Tuesday, December 21, 2010

Preview Outdoor Snap Shot Alin+Epul

Tahniah kepada Shaiful & Haslina kerana dah bergelar suami isteri pada 18hb Disember 2010. Preview outdoor snap shot untuk tatapan semua..

Lokasi : Pontian, Johor
Jurufoto : Isometrikdp team
Software: Adobe Photoshop + Lightroom
...

Nantikan lagi 1 minggu final edited untuk custom album mereka..

Wednesday, December 15, 2010

Telekung Adikku Sayang

Assalamualaikum,

New produk dari Isometrik iaitu Telekung Adikku Sayang khas untuk anak-anak yang berumur dari 5 hingga 12 tahun, insyallah.

Promosi ini sah sehingga stok kami habis, iaitu dengan harga serendah rm48.00 sahaja, termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia. Tempahlah segera untuk mengelakkan lambat menerima Telekung Adikku Sayang...

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya...

Jenis Tekstil: 100% Cotton

Kelebihan:

  1. Sulaman yang cantik
  2. Warna Putih (mudah dicuci)
  3. Kain cepat kering
  4. Ringan
  5. Kain tidak panas
  6. Lembut
Sebarang pertanyaan / pembayaran:
sms : 013.237983 mr nizzam
email : nizzam77@gmail.com

Sunday, December 12, 2010

Telekung Hantaran Isometrikdp

Salam hormat untuk semua,

Musim orang kahwin disana-sini sepanjang bulan November dan Disember nih, dengan itu Isometrik ingin mengumumkan stok baru Telekung Hantaran kepada mereka-mereka yang nak menjadikan item ini sebagai hadiah di majlis perkahwinan.

Jenis Tekstil:
Sand Wash

Kelebihan:
  • Ringan
  • Tidak mudah renyuk
  • Selesa dipakai (tidak panas)
  • Mudah dicuci mesin
  • Cepat kering
Harga seunit:
RM 98.00 (Kos penghantaran PERCUMA)

TL 001

TL 002 (sold out)

TL 003 (Tinggal 1 unit sahaja)

TL 004

TL 005


TL 006 (tinggal 1 unit sahaja)

TL 007

TL 008


TL 009 (tinggal 1 unit sahaja)


TL 010 (Sold Out)

Syarat & Terma:

  • Tempahan dibuat dengan cara sms (013.2377983)/email (nizzam77@gmail.com)
  • Nyatakan no. KOD item, kuantiti, nama & alamat surat menyurat & no HP
  • Pembelian dalam bentuk tunai / bank-in ke akaun maybank/cimb
  • Sila email salinan / no resit untuk pengesahan bayaran
  • Tempoh penghantaran dalam masa 4 hari selepas bayaran dibuat
Sebarang kemusykilan sila berhubung pada nombor yang tertera diatas. Terima kasih dan selamat memilih.

Monday, November 29, 2010

Master Classroom IsometrikDP Siri 1

Salam hormat, entry kali ni just nak share ilmu kepada mereka2 yang masih mencari teknik editing photoshop yang baik (saya tak kata saya bagus).. sekurang-kurangnya pelanggan kita mendapat khidmat yang setimpal dengan harga yang dibayar. Selamat mencuba.

Langkah 1:
Gambar asli yang perlu di naikkan level dan brightness contrast nyer. jangan terlalu terang atau terlalu gelap. secukup rasa ya, makcik-makcik.


Langkah 2:
Teknik blur dan sharpen.. detailkan apa yang penting seperti mata, hidung dan bibir. Lain-lain blur atau dapat main bokeh lagi dasat bro


Langkah 3:
Bersihkan mana-mana permukaan muka yang tidak rata (ala-ala kita ni umpama tokey spa-Q, cuma tak pakai krim pelembab jer..). Teknik Dodge & Burn diaplikasi dengan berhati, jangan over nanti nampak tak senonoh, nyah.


Langkah 4:
Teknik gradient dan warna mengikut mood foto tau, bukan mood tukang edit (kang kena pelangkung dengan mak bedah baru tau..!)


Langkah 5:
Last sekali.. teknik untuk mana-mana photo editor bermain gradient dan texture, ikut style masing-masing. Kalau pakcik suka banyak main texture ni dapat memberi impak lebih dramatis pada satu-satu foto..peeeergh wa cakap lu.. (sambil menangiss..)

Tuesday, November 23, 2010

Lautan biru..

Lagi job karikatur yang selamat di hantar (email) kepada pemiliknya, iaitu Puan Nurabiah yang akan berpindah ke Perak insyallah, semoga berbahagia di tempat yang baru, suasana baru dan terima kasih daun keladi, kalau nak karikatur boleh order lagi.


Promosi karikatur RM68 akan tamat hingga 31hb Disember. Siapa berminat boleh order secara sms ke 013-2377983 (nizzam aka mycartoonizz)

Monday, November 15, 2010

lagi job karikatur versi tiada warna





Berminat..? Sila email / sms untuk keterangan lanjut... ke nizzam77@gmail.com ( 013-2377983 )

Wednesday, September 22, 2010

Tempahan Lukisan Karikatur RM68.00 shj.

Sample untuk pelanggan yang berminat untuk menempah lukisan karikatur dan lukisan itu boleh di cetak ke pelbagai bentuk!
Salah satu contoh terbaik ialah dengan membuat kad jemputan perkahwinan yang sudah pasti menarik minat saudara-mara dan sahabat handai. Mungkin ada yang tersenyum dengan idea anda dan kesannya majlis anda (kad jemputan) diingati sampai ke anak cucu mereka..
menarikkan.. berminat.??

Untuk karikatur : NIZZAM (013-2377 983) aka MYCARTOONNIZZ
Untuk kad kahwin : http://studiopages.net/kad-kahwin-siri-kartun/

Thursday, September 16, 2010

Tempahan Foto Kahwin

Salam lebaran buat semua, aidil fitri tiba dan meninggalkan ramadan yang indah. Semoga dipanjangkan umur di murahkan rezeki agar dapat bertemu semula pada tahun hadapan..

Kepada bakal-bakal pengantin, TEMPAHAN untuk NOVEMBER & DISEMBER hampir penuh, tempahan awal digalakkan.

Tempahan di minit-minit terakhir boleh mengundang situasi berikut:

  1. Anda tak jelas dengan pakej jurufoto
  2. Salah faham waktu dan tempat resepsi berlangsung
  3. Tak puas hati dengan kaedah bayaran
  4. Bekerja dengan jurufoto sambilan tak terlatih dan tak mesra
  5. Salah faham batas-batas gaya bergambar yang tidak mengikut kemahuan pengantin
  6. Album lewat sangat dan tak seperti yang diharapkan

Perkara diatas merupakan antara banyak-banyak situasi yang perlu dielakan. Kami sering kali mengingatkan kepada bakal pengantin agar merancang lebih awal (paling lewat 2 bulan..!) mengkaji dan meneliti atau berjumpa sendiri jurufoto pilihan anda. Luahkan isi hati anda dan foto impian anda agar jurufoto pilihan anda jelas dan dapat merealisasikan peristiwa paling bersejarah dengan cara yang paling istimewa.

Tempahlah dengan mengisi maklumat diri anda dan teliti sebut harga pakej yang kami tawarkan. Anda boleh membuat temujanji bagi melihat sendiri contoh Album Custom yang menjadi trend pengantin masa kini.

Monday, August 16, 2010

D-Floral Gubahan Bunga Kering

Tema : Merah Mekar
Saiz : 1.60 meter tinggi


Tema : Senja Oren
Saiz : 1.60 meter tinggi


Tema : Putih Salju
Saiz : 1.60 meter tinggi

Tawaran dalam bentuk set. 1 set RM25.00
Penghantaran minima 4 set D-floral hanya sekitar Johor Bahru sahaja.
Hanya tambahan RM20.00 untuk sekali penghantaran.

Berminat sila hubungi 013-2377 983 (nizzam) email tempahan anda ke nizzam77@gmail.com.

Perhatian: Kepada para pelanggan yang dihormati, stok untuk D-floral telah habis, Insyallah untuk edisi terbaru bakal menjengah tak lama lagi.. Harap sabar menanti kemunculannya.


Thursday, August 12, 2010

Tuesday, August 3, 2010

d-box Kotak Serbaguna





item 001 & 002 habis dijual







item 005 habis dijual








Salam bahagia kepada anda, Berikut adalah produk baru dengan promosi harga tak ingat punya.!!!
Kepada anda yang menginginkan suasana ruang rumah yang luas dan praktikal ini adalah penyelesaiannya.
D-Box diperkenalkan dengan gaya dan reka bentuk yang fleksibel khusus dengan gaya hidup masa kini.
Antara kelebihan D-Box:-
  1. Boleh menyimpan makanan, buku, majalah, perkakas, permainan anak2.
  2. Boleh dilipat / buka dengan mudah.
  3. Boleh dijadikan tempat duduk tambahan
  4. Boleh dijadikan meja sisi, meja sudut hiasan
  5. Boleh dijadikan hiasan rumah
  6. Menjimatkan ruang penyimpanan (comel)
  7. Fabrik tahan lasak
  8. Boleh diletak di dalam kereta
  9. Boleh dijadikan hadiah istimewa

Untuk pertanyaan sila email atau telifon 0132377983 (nizzam) untuk melihat sendiri sample atau membeli terus. Stok adalah terhad, siapa tempah dulu dia dapat..!!

Wednesday, July 14, 2010

Penggal ke 2 tahun 2010


Bulan Julai sudah kembali...

Macam x percaya dah masuk bulan tujuh, seven ma.... aktiviti wajib ketika ini ialah menghidupkan semula projek buku dan sales marketing untuk 2 major bisnes yang agak perlahan pada awal tahun ni.. Ini mungkin disebabkan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.. rakyat belum mempunyai kuasa berbelanja yang besar ketika ini.. berbagai isu dan senario dah berlaku sehingga akhir bulan lepas.

OK lah yang lepas tetap lepas, yang datang pasti tiba, dan sebagai insan yang sentiasa nak meningkatkan diri tidak harus mengeluh seperti mereka-mereka (ramai nyer mereka....) Rancangan dah direkod dan terancang dengan teliti. Masa nya telah tiba untuk menggerakkan ia dengan lebih agresif dan produktif. Masa tidak menyebelahi sesiapa dan x berat sebelah. Hanya kesedaran melonjakkan kita ke hadapan.

Melakukan kerja 2,3, 4 dalam 1 masa dah menjadi rutin. Mungkin pada pandangan orang nampak kita dah cukup.. cukup segalanya.. bersyukur dengan apa yang ada... mm.. boleh terima dengan sikap bersederhana, tapi bukan usaha! ya... rezeki apa yang ada kita patut bersyukur, tapi kalau tak berusaha, ala kadar atau lebih malas dari tahun sabelumnya... jangan menunding jari ke muka orang... cermin semula sikap dan usaha kita seketika.. (ada kebenarannya..)

Jatuh bangun, cepat perlahan dalam dunia ini dah ditentukan oleh Ilahi. Jika sebelum ini kita tak dapat capai sasaran, muhasabah diri dan lihat dimana silapannya. Mungkin Tuhan menguji kita samada kita masih beringat-ingat... satu hari nanti bahagian kejayaan untuk kita akan tiba...!

Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang bekerja dan beribadat bukannya bekerja tapi mendapat laknat.. nauzubillah..jauh lah.

Wednesday, June 23, 2010

Musim Orang Kawin...

Haizum & Hizwan

Bulan Mei ke Jun.. macam biasa dimerata-rata tempat semua orang buat kenduri kahwin,, walimatul urus,, alhamdulillah sepanjang bertugas di majlis orang tiada kejadian2 pelik dan memalukan berlaku, semuanya sangat hepi dan seronok. Mungkin disebabkan ekonomi agak baik dan semakin pulih dimana sanak saudara dapat berkumpul dan berjumpa, tolong menolong, berkunjung tanpa rasa tertekan.

Tahniah Fariq dan Salana kerana majlis yang sangat meriah di Muadzam Shah, Pahang. Semoga korang bahagia ke anak cucu.

Tahniah juga kepada pasangan Haizum & Hizwan kerana mendapat coverage daripada IsometrikDP secara solo pada 6 Jun yang lepas. PAsangan yang cukup sempoi dan suka senyum (memang kena masanya) walaupun keletihan. Majlis berlangsung dengan kemeriahannya tersendiri.

Kepada mereka2 yang masih tercari2 jurufoto untuk majlis perkahwinan boleh berhubung secara telefon dan email dengan segera. Permintaan sebut harga boleh klik PAKEJ KHAS KAHWIN 2010

::Promosi terkini Pakej RM890 :: Pakej 1590 :: Pakej 1890 ::