Followers

Monday, September 28, 2009

Hari Raya ....

Selamat dah hari raya kali ni dengan beraya di johor (raya 1st dan 2nd day). Jalan2 sampai ke muar! Esoknyer bersiap balik ke Bota.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma program raya kali ni ada kelainan sedikit kerana 2 hari raya (raya 4 & 5) pergi jemputan kenduri pakcik kahwin. Nak wat camaner orang sekarang kira cuti jer kahwin.. bagus jugak, x der la nak belasah rendang lemang jer.
Perjalanan pergi dan balik agak sibuk semasa di kampung... macam orang ramai berkereta sendiri... (ekonomi semakin pulih ?!..) Plan masa balik dari perak nak singgah nilai... cancel sebab zizie demam... balik terus sampai gelang patah mak mertua buat "open house", singgah sekejap sebelum jam 6 gerak balik umah... malam semua pengsan lepas isya' ! giler penat !! nak makan malam dah x lalu.. ingat bantal jer.. :)

So apa plan kami sekeluarga minggu ni... x lain x bukan ialah menerima sesiapa yang nak beraya... dijemputlah datang nak makan2 sabtu ni dari jam 2 hingga 4 petang kira "mini open house" sebab masak simple jer.. kalau member2 nak datang waktu lain, boleh.. kuih raya ada. Dijemput ya...

Thursday, September 17, 2009

Hapi Raya Day



Salam aidil fitri buat semua insan muslimin dan muslimat... Salam perantauan macam aku ni... raya kali ni beraya di Gelang Patah,, plan menziarahi rumah sanak-saudara sebelah isteri. Kemungkinan sampai ke Batu Pahat mungkin.. Apa pun tiba raya ke 3 dah siap sedia nak bergerak ke Bota! Gilir-gilir katakan.. Lumrah orang berkeluarga.
Alhamdulillah puasa kali ni kurang sikit dugaan kesihatan. Syukur.. Penuh posa aku.. :)
Wani belum dilatih lagi untuk berpuasa sebab baru 5 tahun budak ni.. biarlah dia belajar solat 5 waktu walaupun setakat ni dapat asar dan maghrib jer.. kadang2 subuh (sebab bangun awal..)..Insyallah tahun depan dimulakan dengan puasa sunat harap2 boleh budak ni.. dugaan pada adik dia pula yang sememangnye kuat makan.. Kita sama-sama tengok perkembangannya tahun depan.
Persiapan raya?..
1) Untuk pakaian dah siap beli... x banyak janji boleh pakai elok sudah. Lagi pun sejak 2 bulan kebelakangan ni payah sikit nak bershoping karena H1N1 (Hampeh!!) So mana yang ada kot boleh sarung lagi yang tahun lepas ke... sarung jer hahaha
2) Kereta... dah servis, tayar baru, rim baru (hehehe) DVD player dah ganti (baru rosak 2 bulan lepas!!), ok lah kereta tu untuk di bawah berjalan-jalan raya ni.. Lum polish jer..(polish sendiri jer!)
3) Rumah... sebab baru masuk 2 bulan lebih, jadi adalah yang berisi sikit-sikit, agak selesa sikit daripada mula-mula pindah masuk, kalau bercakap tu siap bergaung macam dalam gua!.. cuma dinding jer kosong x der bahan lagi nak hias.. Plan nak gantung artwork painting.. x sompek jang oi!! Posa bulan ni terlepek tiap potang! Tido0 jo.. hahahaha
4) Kuih raya... baru ada 5 ke 6 jenis.. sempat lagi carik.. sorang anak murid ada bagi kuih tat gulung..sedap tuh!dah try dah comel2 jer..tapi lemak! sedap!
5) Duit raya... blum dapat tukar... kalau x dapat tukar hari ni alamatnyer setiap kali beli barang aku mintak tukar duit kecik manjang lah... x pun syiling dalam tabung "tabung haji" banyak! har har har(banyak tul ketawa kali ni... syok nak raya woi!!)
6) Lain-lain... lu fikir lah sendiri!!!!
Salam aidil fitri buat semua rakan sekerja SMKTA, rakan sejawatan di LPM, KPM, PTPTN, JPNJ... maaf dipinta yek... kalau ada salah silap dalam menjalankan tugas sebagai PPS nih.. kok minta diampuni..
Selamat beraya ye.. berhati-hati dijalan raya... berhati-hati membelasah juadah raya!! Kolesterol dan diabities kasi ingat tau..

Friday, September 11, 2009

Menu berbuka lagi...

Baru isnin yang lepas.. nak promote sebelum terlambat... kang dah habis posa x merasa dah murtabak 1.5 inci nih!! Ya siap ukur pakai pembaris. Dengan ketebalan isi sehingga 3 lapis kulit roti canai diperlukan untuk membungkus murtabak nih!
Dimana nak carik?? Berapa rege nyer?? Mana lagi kalu x kat Bazar Perling.... lokasi gerainyer low porfile jer... hujung2 bazar nak ke jalan keluar dekat2 org jual buah.. n x sibuk sangat org lalu-lalang. Tapi make sure datang beli seawal jam 3.30 paling lewat 4.30 sebab org ramai giler.. Siap ambil nombor giliran! 1/2 jam tentu baru masak!.. So nak cuba datang awal on da spot dapat jam tu.
Rege mantop sket la.. RM5.50 selepas jam 4.30 ... sebelum 4.30 dapat diskaun 50 sen! dengan sedekah senyuman jer... :)
Disebabkan ketebalannyer... dan beli 2 keping (ayam& daging) satu belasah buka... satu lagi panaskan masa sahur... tu pun x habis kenyang!
So kesimpulannyer kat sini sajer nak kongsi... sebelum ni aku sebok nak cuba murtabak yg besor2 (ada kat johor jer...) tapi x der kepuasan... sakit tekak nak nyekeek! Tapi kali ni memang puas dan dah x rasa nak beli murtabak.. (untuk minggu ni la... :) ) hehehe....

Tuesday, September 8, 2009

menu berbuka....

Keli oh keli....memang sedap dimakan waktu berbuka... kalau tak habis (biasa beli 2 ekor...) pagi panaskan masa sahur... selera belasah dengan nasi panas..! Setakat ni jalan-jalan kat bazar.. area Tmn Universiti paling best dan berpatutan!... kenapa?.. keli ni dia kira Rm2 jer.. sedap pun sedap! Slurp! Tempat lain ada yang sampai Rm3.50 sekor! ada yang sama rege tapi x sedap! ceh... tapi habis jugak,,,huhuhu
Kenapa x siang dan masak sendiri kat umah?? Jimat masa, yelah seharian bekerja balik masing2 petang.. beli aje. Setakat nak makan berdua jer.. Anak2 dah ada pemakan diorang apalagi kalau tidak nugget dan ayam goreng! kadang2 tu join jugak berbuka puasa sekali...apa kita makan diorang makan.
Walauupun membeli (kadang2 di bazar, kadang2 kat restoran..) tapi sekadar lepas makan berdua. lauk 2 jenis, kuih 2 jenis, kadang2 spesel sket, belasah sate atau murtabak. lain boring jer tengok... Roti John pun kureeeeng...