Followers

Friday, December 25, 2009

Resepsi Husni & Hajar ++ Disember 2009

Tahniah buat pasangan Husni & Hajar yang selamat diijab kabul di rumah pengantin perempuan, Muar pada 12 Disember lepas..Majlis berlangsung dengan lancar dan selamat dan terima kasih buat pasangan kerana memberikan kerjasama 100% untuk sesi fotografi "outdoor" selepas majlis persandingan yang berlanjutan sehingga jam 6.30 petang..penat tuh...
Alhamdulillah kesemua gambar hampir 90% siap dan menunggu baki gambar di majlis sebelah lelaki di Alor Setar pada 26hb Disember ini.. So pertama kali lah aku menjejak kaki di bumi Kedah. Tah sempat nak jalan2 kita tgk nnt ada entry ke tidak jalan2 di kedah,hehe..

Thursday, December 3, 2009

resepsi Azlan + Norkhidaya

Selamat berbahagia buat pasangan ceria Azlan dan Nurkhidaya. Resepsi berlangsung di Bandar Segamat, Johor. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan cuaca agak mendung tapi tak hujan.. Sejuk dan sesuai untuk pengantin baru. Selamat maju jaya dan nantikan set custom album anda ... tungguu....

Jurufoto : nizzam aka isometrikdp
Kamera : D80
Lens : Tokina 12-24mm / Nikkor 1855mm

(013) 2377983
isometrikdp@yahoo.com(YM)

Thursday, November 19, 2009

Pelancaran Kupon Diskaun Art Matrix Studio

Sila copy dan print kupon ini dan hantar butiran
majlis perkahwinan anda kepada kami
melalui email/sms/call/pos.

Saturday, November 7, 2009

Kesahnya....

Kesahnya begini.... ia masih dalam peringkat draf dan target menjelang 2010 akan keluar satu karya sulung kami... (wife sebagai penulis...aku editor je..).. Antara banyak2 plan bisnes yang boleh digapai untuk tempoh terdekat.. yang lain2 hold dulu (tapi x lama...2 tahun cukup!).
Pertolongan rakan2 amat dialu-alukan dalam pembikinan buku ini... dari sumbangan idea, rujukan ilmiah.... editing dan formating..... printing hingga promotion.... semua ini tidak mampu dilakukan secara sendirian... maklumlah zaman editing, software publishing lama giler tinggal (dekat 8-10 tahun rasanyer..!!)
Insyallah jika berjaya, kejayaan ini adalah untuk rakan2. dan terutama sekali pada isteriku yang bersungguh2 untuk menjayakan projeknya kali ini... Salah satu projek besar tahun 2010.. Doalan kejayaan kami.

Tuesday, November 3, 2009

Booking for Jan to Feb 2010


Salam hormat kepada pengunjung blog rumah ku syurga ku... entry kali ini ingin memaklumkan bahawa tempahan bagi bulan januari hingga Februari sudah boleh diterima dan tidak menolak jika ada tempahan untuk bulan selepas itu yang penting anda dapat tawaran istimewa khas untuk promosi bulan2 tertentu. Setiap promosi berbeza2 untuk memberi pilihan kepada anda dan yang paling utama ialah memberikan kepuasan berurusniaga dengan kami.
Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh emaikan artmatrixstudio@gmail.com
Untuk melihat contoh-contoh gambar dan gaya editing anda boleh ke pautan dibawah


untuk tempahan secara online sila klik disini BORANG

Friday, October 30, 2009

keluar ke taman lagi...


Seronok!!.Tak lekang senyum tawa anak2 bermain, berlari sepuas-puasnya di taman bukit indah baru2 ni... sajer keluar sebab dah lama x bawa bebudak ni keluar. Asyik main depan posh kereta jer. Depan pagar rumah lagi lah, kawasan larangan sejak kes2 culik ni!

Bukan lama pun kami di taman, cuma 1 jam tapi lihat saja aksi dan keletah zizie dan wani yang sememangnya aktif dan bila penat baru berhenti sebentar (beberapa saat sajer) dan sambung main kesemua tempat permainan yang ada.

Zizie yang pertama kali main gelonsor, cuba2 takut lepas tu, tak boleh nak stop!..



Wanie dengan aiskrim durian! haw3
Untuk sesi penutup dan kaedah biasa kami buat untuk pujuk bebudak ni rest dan ajak balik ialah belikan aiskrim... aiskrim rm1...
Dan berangkat pulang kami apabila jam tepat pukul 6.30... kang lewat sangat kena gigit nyamuk aedes!! huhuhu

Tuesday, October 27, 2009

Huh,,, bulan oktober yang sangat panjang dirasakan kali ini. Banyak perkara berlaku dengan sangat pantas dan padat. Ada masanya dalam sehari ada 3 program sekali gus. Sekolah dan freelance job. Tambahan pula sekarang ni dah tambah lagi satu job yang sememangnya dari dulu minat kearah itu. Namun disebabkan teknologi kureng sket, bermulalah pada bulan ini. Tahun ini. Tahun kecemerlangan dan titik permulaan kehidupan.
Sepanjang pertemuan dengan beberapa rakan2 seperjuangan. Nampak gaya tahun ini agaksedikit lembab. Masyarakat seolah-olah berhati2 berbelanja demi keperluan hari esok. Namun promosi yang gigih tidak mengenal keluh resah, akan di sajikan berbagai keuntungan dan penjimatan peribadi kepada customer yang memilih yang terbaik untuk mereka.
So masa sudah bertambah dan kerja pun sudah semestinya xtra va ganzza. Apa pun berkat kesabaran dan fokus setiap kali kerja dilaksanakan bagi mengelak kesilapan silam berulang ulang.. wokeh celoteh pendek kerja menimbun.. work smart get smart.

Thursday, October 22, 2009

d70s ku...

Sebuah senjata yang banyak berjasa.. pencetus era fotografi digital buat aku yang secara tidak sengaja masuk ke dunia foto.
Bermula dengan beli tanpa lens.. guna lens manual (18-55mm kit lens FM10).. dengan harga hampir RM2k... cash!. Satu pelaburan yang agak tinggi untuk tahun 2006!
Maka dari detik itu perlahan-lahan empunya kamera mengasah kemahiran digital dengan pemahaman White Balance, Noise control, Program setting, sampai pemilihan lens yang sesuai dengan job semasa.
Hampir nak katam buku manual nyer.. Rupa2 nya lagi senang belajar daripada utube (aku baru tau tahun ni!!).. banyak lagi tricky yang kita boleh dapat daripada kamera hebat ni!!..
Sebenarnya kamera ni aku baru jual sebab ingat nak labur satu lagi lens.. mungkin.. hehe
Apa pun kamera ini tak pergi jauh sangat, masih di JOHOR. Pembelinya masih baru nak berjinak2 ke dunia fotografi (semangat kental!!). masih boleh jenguk lagi dan bertanya khabar berita kamera ku itu... huhuhu sedih!
Jangan lihat kebelakang! Jangan pandang belakang?! Maju terus. Banyak lagi perancangan yang perlu di gapai dan tentunya dengan senjata baru untuk job bulan 11 dan 12 ni... penangan nyer bakal bikin ribbuuuuut!!!! (Semangat nih!)
ok cukuplah entry kali ni... sambung kerja!! Hideeeeeyy!!

Wednesday, October 14, 2009

FRAME KAYU EMAS RM150

Photobucket

Soalan yang biasa diterima untuk pakej FRAME KAYU EMAS nih...

S- Ni pakej khas untuk pengantin sahaja?
J- Tidak. Semua boleh aniversari, keluarga, adikberadik, baby baru, rakan kerja dsb.

S- Saya pengantin lama... boleh buatkan ke?
J- Boleh! Janji ada lagi gambar asal (dalam album..) atau negatif filem nyer.

S- Gambar asal cam rosak sikit.. boleh adjust?
J- Boleh! beri masa dala
m 2 minggu untuk di edit semula gambar tersebut. Kalau dapat negatif filem lagi senang. :)

S- Bagi dalam bentuk JPEG boleh?
J- Lagi boleh. Cuma nak pastikan file minima dia 1MB

S- Boleh kasi effect ke macam gambar hitam putih / sepia?
J- Nak macamana boleh. Janji u suka.

S- Boleh tambah lebih dari satu gambar dalam frame tu tak?
J- Boleh.Tapi di syorkan maxima 3 keping dengan tambahan 1 gambar RM10 sahaja

p.s: Jika anda berminat sila hubungi kami di http://art-matrix.fotopages.com.. sebagai rujukan style editing... :)

Monday, October 12, 2009

Booking for Nov to Dis 2009

Salam hormat kepada pengunjung budiman...


Untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda, kami di Art Matrix Studio menawarkan hadiah PERCUMA'S!!! Istimewa kepada para pelanggan yang menempah jurufoto kami sebelum 15 November 2009.

Apa hadiah PERCUMA"S nyer??

Anda boleh pilih:

a) Frame kayu saiz 11R beserta gambar di edit!

- atau -

b) Extra black stickey album 20 muka surat!!

- atau-

c) Speacial Price untuk xtra frame kayu 16x24 beserta gambar di edit!!!

So apa tunggu lagi.. ni promosi paling singkat dan limited jer.. Hubungi talian HOTLINE nih!!!

013-2377983 (Nizzam) / 012-7152321 (Nazry)

atau email

artmatrixstudio@gmail.com

*p.s: miss call, sms, email, YM semua boleh janji kasi tau siapa nama n bagi nombor contact ma.. :)

Friday, October 9, 2009

transform.... :)


Upgrading... dari D70s ke D80 NIKON.. Semestinya NIKON!!. Baru angkat malam tadi dengan harga bawah RM2k. :)
Hapi?? Tentulah.. sebab ada function yang ditunggu2 pada D80... so lepas ni lain macam sikit kesan khas yang boleh di buat.
X nak ngomel banyak nantikan hasil gambarnya.. tungguu...

Sunday, October 4, 2009

Teruskan berjuang!!

Salam hormat.

Alhamdulillah pada tahun 2009 ada beberapa pencapaian yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di blog kali ini.
Antaranya.. ialah pada tahun ini aku dapat melaburkan hampir 80% duit kwsp aku pada setup rumah yang baru nak masuk 3 bulan diduduki. kalau x der la fulus ni kena lah buat loan.
Masalah nyer nasib ada duit simpanan di kwsp! dikeluarkan pun sebab tukar ke skim pencen! kira tetap berpencen lah kerja govment...
Banyak dapat disetlekan sehingga kami sekeluarga agak selesa dengan beban hutang yang tidak besar melainkan loan kereta dan rumah!
Kredit kad? sori lah... x terangsang nak gunakan... janji dah pernah merasa okey lah tu. Banyak sangat sangkak kad plastik tu.
Kad debit? So far ok dan puas menggunakannyer sebab kegunaannya mengikut berapa duit kita. diulangi duit kita! :)
Penggunaan kad ni x lebih kepada bila nak berbelanja besar (shooping kat jusco dan servis kereta..)
Ianya menyenangkan untuk kita kawal belanja dengan duit x banyak di dompet... faham2 jer la, kalau dah tahu cash berkepuk mesti senang2 jer sambar apa2 yang berkenan di hati. Hancusss!

Penggabungan tenaga bersama studio inspirasi yang pada awalnya seperti jalan mudah bagi menempa kejayaan tahun2 sebelumnya.. Namun impak kemelesatan ekonomi masih meruncing!
Orang berkira2 untuk mendapatkan khidmat kami sebagai jurufoto profesional. Berdasarkan analisa yang di jalankan maka kami dapati penurunan dari segi jumlah tempahan menurun sebanyak 20%..
Maka dengan itu diharapkan selepas selesai suasana hari raya... harap ada berita gembira dengan prestasi ekonomi global sehingga penghujung tahun ini.
Pelbagai strategi menarik yang sedang dirancang bagi memperkukuhkan persaingan jurufoto perkahwinan dengan kehadiran jurufoto junior yang melambak dipasaran dengan perang harga yang tidak habis2!
Namun bagi kami di Art Matrix sentiasa positif menangani segala cabaran yang mendatang. Insyallah... gabungan kali ini tiada cacat-celanya. Bersedialah...!!

Dalam masa terdekat ini kemungkinan satu pelaburan akan dibuat ke ASB.. yang mana hampir sepanjang bulan puasa aku dok study dia punya flow dan kaedah nyer...
So bermula pada bulan ini Rm10K akan deposit secara tunai,, dan perjanjian kepada diri sendiri dibuat untuk memasukkan rm200 minima setiap bulan secara konsisten!
Insyallah jika berjaya plan ni dalam tempoh 5 tahun nanti merasalah kami untuk melabur pula ke bidang hartanah pula(kegemaran wife). dan setiap 2 tahun melabur lagi sehingga lah kami mendapat pulangan jangka panjang unutk tempoh 20 tahun dari sekarang...

Mudah-mudahan segala perancangan ini di permudahkan dan kami tidak menolak jika berlaku dugaan kerugian.. Insyallah kami bersedia dari segi mental dan emosi dan back-up plan.
Ini merupakan sebahgian kecil perancangan tahun 2009 yang bakal dilanjutkan sehingga pertengahan tahun 2010. Bersemangat giler sekarang ni.. macam nak melompat rasanya. Wuuuhuuuuuuu!!! (effect bunyi melompat setinggi 1.5 meter....boleh terpelecok tumit)

Monday, September 28, 2009

Hari Raya ....

Selamat dah hari raya kali ni dengan beraya di johor (raya 1st dan 2nd day). Jalan2 sampai ke muar! Esoknyer bersiap balik ke Bota.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar cuma program raya kali ni ada kelainan sedikit kerana 2 hari raya (raya 4 & 5) pergi jemputan kenduri pakcik kahwin. Nak wat camaner orang sekarang kira cuti jer kahwin.. bagus jugak, x der la nak belasah rendang lemang jer.
Perjalanan pergi dan balik agak sibuk semasa di kampung... macam orang ramai berkereta sendiri... (ekonomi semakin pulih ?!..) Plan masa balik dari perak nak singgah nilai... cancel sebab zizie demam... balik terus sampai gelang patah mak mertua buat "open house", singgah sekejap sebelum jam 6 gerak balik umah... malam semua pengsan lepas isya' ! giler penat !! nak makan malam dah x lalu.. ingat bantal jer.. :)

So apa plan kami sekeluarga minggu ni... x lain x bukan ialah menerima sesiapa yang nak beraya... dijemputlah datang nak makan2 sabtu ni dari jam 2 hingga 4 petang kira "mini open house" sebab masak simple jer.. kalau member2 nak datang waktu lain, boleh.. kuih raya ada. Dijemput ya...

Thursday, September 17, 2009

Hapi Raya Day



Salam aidil fitri buat semua insan muslimin dan muslimat... Salam perantauan macam aku ni... raya kali ni beraya di Gelang Patah,, plan menziarahi rumah sanak-saudara sebelah isteri. Kemungkinan sampai ke Batu Pahat mungkin.. Apa pun tiba raya ke 3 dah siap sedia nak bergerak ke Bota! Gilir-gilir katakan.. Lumrah orang berkeluarga.
Alhamdulillah puasa kali ni kurang sikit dugaan kesihatan. Syukur.. Penuh posa aku.. :)
Wani belum dilatih lagi untuk berpuasa sebab baru 5 tahun budak ni.. biarlah dia belajar solat 5 waktu walaupun setakat ni dapat asar dan maghrib jer.. kadang2 subuh (sebab bangun awal..)..Insyallah tahun depan dimulakan dengan puasa sunat harap2 boleh budak ni.. dugaan pada adik dia pula yang sememangnye kuat makan.. Kita sama-sama tengok perkembangannya tahun depan.
Persiapan raya?..
1) Untuk pakaian dah siap beli... x banyak janji boleh pakai elok sudah. Lagi pun sejak 2 bulan kebelakangan ni payah sikit nak bershoping karena H1N1 (Hampeh!!) So mana yang ada kot boleh sarung lagi yang tahun lepas ke... sarung jer hahaha
2) Kereta... dah servis, tayar baru, rim baru (hehehe) DVD player dah ganti (baru rosak 2 bulan lepas!!), ok lah kereta tu untuk di bawah berjalan-jalan raya ni.. Lum polish jer..(polish sendiri jer!)
3) Rumah... sebab baru masuk 2 bulan lebih, jadi adalah yang berisi sikit-sikit, agak selesa sikit daripada mula-mula pindah masuk, kalau bercakap tu siap bergaung macam dalam gua!.. cuma dinding jer kosong x der bahan lagi nak hias.. Plan nak gantung artwork painting.. x sompek jang oi!! Posa bulan ni terlepek tiap potang! Tido0 jo.. hahahaha
4) Kuih raya... baru ada 5 ke 6 jenis.. sempat lagi carik.. sorang anak murid ada bagi kuih tat gulung..sedap tuh!dah try dah comel2 jer..tapi lemak! sedap!
5) Duit raya... blum dapat tukar... kalau x dapat tukar hari ni alamatnyer setiap kali beli barang aku mintak tukar duit kecik manjang lah... x pun syiling dalam tabung "tabung haji" banyak! har har har(banyak tul ketawa kali ni... syok nak raya woi!!)
6) Lain-lain... lu fikir lah sendiri!!!!
Salam aidil fitri buat semua rakan sekerja SMKTA, rakan sejawatan di LPM, KPM, PTPTN, JPNJ... maaf dipinta yek... kalau ada salah silap dalam menjalankan tugas sebagai PPS nih.. kok minta diampuni..
Selamat beraya ye.. berhati-hati dijalan raya... berhati-hati membelasah juadah raya!! Kolesterol dan diabities kasi ingat tau..

Friday, September 11, 2009

Menu berbuka lagi...

Baru isnin yang lepas.. nak promote sebelum terlambat... kang dah habis posa x merasa dah murtabak 1.5 inci nih!! Ya siap ukur pakai pembaris. Dengan ketebalan isi sehingga 3 lapis kulit roti canai diperlukan untuk membungkus murtabak nih!
Dimana nak carik?? Berapa rege nyer?? Mana lagi kalu x kat Bazar Perling.... lokasi gerainyer low porfile jer... hujung2 bazar nak ke jalan keluar dekat2 org jual buah.. n x sibuk sangat org lalu-lalang. Tapi make sure datang beli seawal jam 3.30 paling lewat 4.30 sebab org ramai giler.. Siap ambil nombor giliran! 1/2 jam tentu baru masak!.. So nak cuba datang awal on da spot dapat jam tu.
Rege mantop sket la.. RM5.50 selepas jam 4.30 ... sebelum 4.30 dapat diskaun 50 sen! dengan sedekah senyuman jer... :)
Disebabkan ketebalannyer... dan beli 2 keping (ayam& daging) satu belasah buka... satu lagi panaskan masa sahur... tu pun x habis kenyang!
So kesimpulannyer kat sini sajer nak kongsi... sebelum ni aku sebok nak cuba murtabak yg besor2 (ada kat johor jer...) tapi x der kepuasan... sakit tekak nak nyekeek! Tapi kali ni memang puas dan dah x rasa nak beli murtabak.. (untuk minggu ni la... :) ) hehehe....

Tuesday, September 8, 2009

menu berbuka....

Keli oh keli....memang sedap dimakan waktu berbuka... kalau tak habis (biasa beli 2 ekor...) pagi panaskan masa sahur... selera belasah dengan nasi panas..! Setakat ni jalan-jalan kat bazar.. area Tmn Universiti paling best dan berpatutan!... kenapa?.. keli ni dia kira Rm2 jer.. sedap pun sedap! Slurp! Tempat lain ada yang sampai Rm3.50 sekor! ada yang sama rege tapi x sedap! ceh... tapi habis jugak,,,huhuhu
Kenapa x siang dan masak sendiri kat umah?? Jimat masa, yelah seharian bekerja balik masing2 petang.. beli aje. Setakat nak makan berdua jer.. Anak2 dah ada pemakan diorang apalagi kalau tidak nugget dan ayam goreng! kadang2 tu join jugak berbuka puasa sekali...apa kita makan diorang makan.
Walauupun membeli (kadang2 di bazar, kadang2 kat restoran..) tapi sekadar lepas makan berdua. lauk 2 jenis, kuih 2 jenis, kadang2 spesel sket, belasah sate atau murtabak. lain boring jer tengok... Roti John pun kureeeeng...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan... hari ke 5

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 dan kebetulan cuti sekolah!.. Macam2 urusan kena selesai walaupun cuti... Tanda soalan percubaan... Bagi markah nyer... Draf paperwork meeting JKD RC.... edit kan soalan PPD... sempat2 kan. Sumer nak naik cuti paling awal selasa!!
Rumah memang tak pernah habis dikemas,, slow2 beb.. tulang 4 kerat ni posa jugak! hihi alasan...
Puasa kali ni lebih simple dari tahun lepas... malas nak ke bazar perling (baru pergi 1st day posa) x der yang berkenan... baik beli masak ringkas jer.. yang makannyer berdua jer.. Semalam singgah kat bazar nusaperintis pun sama.. beli satay RM5 kat pasarmalam sebelah jer.. beza RM0.10 secucuk... murah pasar dari bazar!Kejap je ronda berdua jer.. anak tinggal kat umah! Bahaya H1N1 belum reda..
lega dah makan satay walaupun x sesedap satay kajang HJ Samuri... peeergh leleeeh...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Do'a
malaikat Jibril menjelang Ramadhan..
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA dan Keluarga ingin mengambil kesempatan terlebih dahulu memohon MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahu pun yang disengajakan (tanpa niat), semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah swt., Insyallah

Wednesday, August 19, 2009

Sebuah lukisan...keluarga


FamiliPainting2009, originally uploaded by isometrikdp.

Catan ini dilukis atas kanvas dengan menggunakan media akrilik.. Lama tak sentuh berus dan cat... Terkial-kial semasa mula membuat lakaran kemudian bila dah bancuh warna dan sapu atas kanvas baru terasa aura illustration masa dulu-dulu!
Pergh...syok pulak rasanya. Tapi sayang...Kanvas ni cuma baru ada 2 keping jer yang ready... lain blum buat frame lagi..
Oh ya..ni adalah lukisan karikatur keluarga yang paling besar pernah dihasilkan...saiz 80cm x 60cm setiap satu... best jugak main painting besor2 nih! Tungguu...

Monday, August 17, 2009

zizie....nak g mana?


zizie....nak g mana?, originally uploaded by isometrikdp.

Zizie... yang selalu nak dukung dan nak ikut walau kemana sahaja papa n mama dia pergi... dah pandai jalan dan berlari.. tapi masih nak "kung...." (maksunya nak dukung..)
Sedang negara menghadapi wabak H1N1... sori lah nak pergi ke shoping mall yang padat2.. kalau pergi pun kat area yang lengang jer... Tu pun sebab dah nak beli barang sangat... Lagi pulak nak puasa ni, kena dah bersiap sedia bahan2 kering senang nak buat sahur ke... Tinggal minggu ni jer sebelum ramadhan bermula...
Aku yang masih belum 100% pulih dari demam cuba menggagahkan diri.. membuat persiapan! Ada ajer kerja y nak disetlekan bila anak2 masuk tido jer startlah kerja mengemas dan menukang rumah...(macam terer..huhu)

Wednesday, August 5, 2009

Merdeka TanahAirku..

Dah bulan Ogos! Bulan Kemerdekaan.. Sebagai rakyat Malaysia saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 52... Semoga negara kita terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Jauhkan lah daripada kekacauan dan huru-hara, hilangkan lah sifat hasad dengki sesama insan, berilah peluang kepada semua untuk mengecapi nikmat hidup yang seketika untuk beribadah kepadaNya. Semoga kita beroleh kejayaan di Dunia dan di Akhirat.. Insyallah.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Monday, July 13, 2009

mari bergambor


Sesi bergambar warga pendidik SMK Tanjung Adang.. untuk sesi 2009.. Dah masuk tahun ke 4... Macam baru je pindah ke sini.. Macam2 ragam, jauh perjalanan luas pengetahuan dan pengalaman. Semoga perjuangan hidupku seorang insaniah dalam barakah hendaknya..

Thursday, June 18, 2009

art matrix studio



Kemunculan art matrix studio yang di terajui oleh pakar yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam industri fotografi.

Nantikan pakej dan item terhebat dan berpatutan dengan hasil kerja bermutu tinggi khas kepada pelanggan yang dahagakan karya fotografi setaraf selebriti.

Untuk maklumat lanjut silalah menjenguk ke http://artmatrixstudio.fotopages.com untuk galeri penuh kami.

Terima kasih.

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU



Entry kali ni di buat khas sempena sambutan hari guru pada 16hb MEI ni... So di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada bekas guru dari pada sekolah rendah lubuk kelubi, hulu langat (lama dah tak menjenguk kesana....) guru-guru agama kat sekolah agama lubuk kelubi... yang mana aku sempat masuk 4 tahun jer... tak habis darjah 6!
Sekolah Menengah Abdul Jalil (masa tu belum tambah "kebangsaan") yang menyimpan banyak kenangan manis terutama dinding2 yang di buat mural. Agak2 nyer ada lagi ke tidak... Lama sangat tinggal nak singgah segan pulak... Dengar ceriter sekolah ni dah di naik taraf sebagai sekolah Bestari... Hebat dan patik merasa bangga sebagai bekas!...
Kemudian selepas habis SPM, sambung ke ITM, abis konvo..kerja macam nak mampus!...dapat masuk Maktab... Maktab Perguruan Teknik.K.L... dan bermulalah episod aku sebagai "guru" dengan menjengah ke beberapa sekolah untuk membuat kajian dan praktikal.... Jauh perjalanan..Luas pandangan dan pengalaman... Macam2 patern dan style ditemui... dan kini dah nak masuk tahun ke 4 bergelar cekgu...
Syukur alhamdulilla dengan rezeki daripada pekerjaan ni.. dapat lah aku menghidupkan keluarga dengan kesederhanaan.. kalau ada rezeki di luar sana memang tak tolak... rembat trus!! Heheh
Jadik disini dikesempatan ruangan ini (dah blog sendiri...) aku nak mengucapkan selamat berjuang dan perjuangan sebagai guru dalam mendidik anak bangsa di era globalisasi kala ini amat-amat mencabar dan tidak semua mampu bertahan, tetapi yang mampu! Teruskan!!ANDALAH GURU SEJATI!!! (ucapan ini ditaip sambil tangan kanan menabik springg..)
Abis.

Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU


Buat bonda tersayang " Selamat Hari Ibu..".

Puan Habibah Bte Hj Abu Hassan

Wednesday, May 6, 2009

:: Rashid+Irmawatie ::







Pasangan: Irmawatie + Rashid
Jurufoto : Nizzam
Editing : Isometrikdp Crew
Lokasi : Tasek Merdeka, Johor Bahru, Johor
Tarikh : 1 Mei 2009

p/s: tak puas tengok?? jom ke fotopages untuk gambar lebih BESAR...
klik http://isometrikdp.fotopages.com

Wednesday, April 29, 2009

KLUANG Rail Coffee... sruuuup...

April yang sangat sibuk!...atas nama tugas, sampai juga aku ke kedai kopi yang glemer jugak lah kat Kluang... KLUANG Rail Coffee.. tapi ni cawangan dia kat bandar... tempat yang ori memang betul2 kat stesen keretapi Kluang.. aku tengok dari jauh jer... (hujan masa tu..)
Meeting kejap jer dari jam 2.30 ptg hingga 4.00 ptg... call old timer member (memang lama x jumper..) dia ngajor kat sekolah berdekatan.. (aku x ingat nama sekolah dia... sori..)
So aku bagi tau dia aku nak balik JB kul 6 lebih dah gerak.. x nak malam sangat. Apalagi first place dia bawa kat kedai kopitiam ni lah... kena hujan2 sejuk pekana secawan kopi susu, roti gandum bakar plus mi kari meletup!

~ yum-yum ~

Sahabat aku dari SM Abdul Jalil Hulu Langat.. masuk ITM (UiTM) jumpa sama fakulti.. FSSR Shah Alam.. masih solo molo.. happy go lucky mamat ni... makan banyak! tapi x gemuk2 pelik aku! Ada jin dalam perut kot... hehehe
Kepada sahabat ku Abai terabai... enjoy ur life... jgn bujang lama sangat beb... nanti ada barang expired..

Thursday, April 23, 2009

Thursday, April 16, 2009

Thursday, April 9, 2009

ke taman lagi...Hutan Bandar Nusa Bestari


Permata hati papa dan mama, senyuman tak pernah lekang di bibir... semua orang yang lalu berjoging dia lambai... babai..

Kakak sekarang memang rapat betul dengan adik. Tak boleh marah adik nanti kakak terasa... menangis sorang yang sorang lagi pun menangis.... sedih. Baguslah dari berkelahi, rungsing kepala boleh botak cepat papa yeye.


Tatih-tatih... ni gambar zizie baru dapat berjalan... kasut yang dipakai tu baru seminggu beli,, sekarang dah haus tapak ( dah belikan yang baru dah...) Ni rakaman masa awal bulan februari... sekarang dah berlari kijang siap lompat-lompat lagi... puas ngejor!!

Monday, April 6, 2009

self potrait

ala comel pulak tengok muka sendiri kat sini... konooon!
sesi menangkap muka sendiri dibuat semasa menghadiri meeting di Hotel Regency KL.
tengah free kejap lepas makan tengahari... duk kat sana seminggu makan tanggung! tu yang muka tembam semacam! ceh.. entah biler nak turun berat.. tapi tahun ni ada lah masukkan dalam senarai azam 2009 nak turun 5 kg! mudah-mudahan.... semangat!!

Tuesday, March 10, 2009

comic


Lama x buat komik.. sebenarnya karektor atas ni lama dah.. dah publish tahun 2002 x silap... tapi atas masalah penerbitan.. dapat keluar 3 isu sahaja.. baki 3 isu hangus.. naib baik ada buat copy. ada jugak buat layan time boring2.
Ada jugak org bertanya kenapa x berkarya lagi... nak tapi komitmen kena tinggi sebab nak buat buat 1 layout (1 muka surat) cerita jer dah makan seminggu dua... daripada komposisi, angle frame, dialog, inker dan kemasan..! penat! memang aku respek pada kartunis yang memeang hari2 kerja dia buat ni.. yelah dah tu kerja dia nak buat macamana... aku ni cuma minat.
Minat yang x boleh ditinggalkan, mesti nak tingkatkan kemahiran melukis atau mewarna... bukan setakat pandai lukis tapi nak sampai boleh mengolah satu cerita... bukan senang jadi pengarah satu cerita yang kita sendiri kena lukis segalanya! dari karektor, lokasi, suasana dan fesyen pakaian...
memang kena buat satu bank untuk setup supaya bila nak terus dah ada apa yang nak dilukis. (macama aku sempat..)
RM?? boleh tahan juga kalau kena cara.. sebab dia melihat kepada peminat... kalau rating naik dan ramai org ikut cerita kita.. sedap ar... 1 page boleh dapat RM100..!.
Sedapkan bayangkan dan boleh kira sendiri lah pendapatan kartunis malaysia... tapi ni bukan rangking kartunis aie beb... aku pernah tengok 1 muka artwork dia memang meleleh... gile lawa. mamat ni rajin giler lah.. respek!! itu baru OTAI !!!

Wednesday, February 11, 2009

2009


selamat ulang tahun ke 6 buat isteri tersayang....