Followers

Thursday, September 17, 2009

Hapi Raya Day



Salam aidil fitri buat semua insan muslimin dan muslimat... Salam perantauan macam aku ni... raya kali ni beraya di Gelang Patah,, plan menziarahi rumah sanak-saudara sebelah isteri. Kemungkinan sampai ke Batu Pahat mungkin.. Apa pun tiba raya ke 3 dah siap sedia nak bergerak ke Bota! Gilir-gilir katakan.. Lumrah orang berkeluarga.
Alhamdulillah puasa kali ni kurang sikit dugaan kesihatan. Syukur.. Penuh posa aku.. :)
Wani belum dilatih lagi untuk berpuasa sebab baru 5 tahun budak ni.. biarlah dia belajar solat 5 waktu walaupun setakat ni dapat asar dan maghrib jer.. kadang2 subuh (sebab bangun awal..)..Insyallah tahun depan dimulakan dengan puasa sunat harap2 boleh budak ni.. dugaan pada adik dia pula yang sememangnye kuat makan.. Kita sama-sama tengok perkembangannya tahun depan.
Persiapan raya?..
1) Untuk pakaian dah siap beli... x banyak janji boleh pakai elok sudah. Lagi pun sejak 2 bulan kebelakangan ni payah sikit nak bershoping karena H1N1 (Hampeh!!) So mana yang ada kot boleh sarung lagi yang tahun lepas ke... sarung jer hahaha
2) Kereta... dah servis, tayar baru, rim baru (hehehe) DVD player dah ganti (baru rosak 2 bulan lepas!!), ok lah kereta tu untuk di bawah berjalan-jalan raya ni.. Lum polish jer..(polish sendiri jer!)
3) Rumah... sebab baru masuk 2 bulan lebih, jadi adalah yang berisi sikit-sikit, agak selesa sikit daripada mula-mula pindah masuk, kalau bercakap tu siap bergaung macam dalam gua!.. cuma dinding jer kosong x der bahan lagi nak hias.. Plan nak gantung artwork painting.. x sompek jang oi!! Posa bulan ni terlepek tiap potang! Tido0 jo.. hahahaha
4) Kuih raya... baru ada 5 ke 6 jenis.. sempat lagi carik.. sorang anak murid ada bagi kuih tat gulung..sedap tuh!dah try dah comel2 jer..tapi lemak! sedap!
5) Duit raya... blum dapat tukar... kalau x dapat tukar hari ni alamatnyer setiap kali beli barang aku mintak tukar duit kecik manjang lah... x pun syiling dalam tabung "tabung haji" banyak! har har har(banyak tul ketawa kali ni... syok nak raya woi!!)
6) Lain-lain... lu fikir lah sendiri!!!!
Salam aidil fitri buat semua rakan sekerja SMKTA, rakan sejawatan di LPM, KPM, PTPTN, JPNJ... maaf dipinta yek... kalau ada salah silap dalam menjalankan tugas sebagai PPS nih.. kok minta diampuni..
Selamat beraya ye.. berhati-hati dijalan raya... berhati-hati membelasah juadah raya!! Kolesterol dan diabities kasi ingat tau..

No comments: