Followers

Sunday, October 4, 2009

Teruskan berjuang!!

Salam hormat.

Alhamdulillah pada tahun 2009 ada beberapa pencapaian yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di blog kali ini.
Antaranya.. ialah pada tahun ini aku dapat melaburkan hampir 80% duit kwsp aku pada setup rumah yang baru nak masuk 3 bulan diduduki. kalau x der la fulus ni kena lah buat loan.
Masalah nyer nasib ada duit simpanan di kwsp! dikeluarkan pun sebab tukar ke skim pencen! kira tetap berpencen lah kerja govment...
Banyak dapat disetlekan sehingga kami sekeluarga agak selesa dengan beban hutang yang tidak besar melainkan loan kereta dan rumah!
Kredit kad? sori lah... x terangsang nak gunakan... janji dah pernah merasa okey lah tu. Banyak sangat sangkak kad plastik tu.
Kad debit? So far ok dan puas menggunakannyer sebab kegunaannya mengikut berapa duit kita. diulangi duit kita! :)
Penggunaan kad ni x lebih kepada bila nak berbelanja besar (shooping kat jusco dan servis kereta..)
Ianya menyenangkan untuk kita kawal belanja dengan duit x banyak di dompet... faham2 jer la, kalau dah tahu cash berkepuk mesti senang2 jer sambar apa2 yang berkenan di hati. Hancusss!

Penggabungan tenaga bersama studio inspirasi yang pada awalnya seperti jalan mudah bagi menempa kejayaan tahun2 sebelumnya.. Namun impak kemelesatan ekonomi masih meruncing!
Orang berkira2 untuk mendapatkan khidmat kami sebagai jurufoto profesional. Berdasarkan analisa yang di jalankan maka kami dapati penurunan dari segi jumlah tempahan menurun sebanyak 20%..
Maka dengan itu diharapkan selepas selesai suasana hari raya... harap ada berita gembira dengan prestasi ekonomi global sehingga penghujung tahun ini.
Pelbagai strategi menarik yang sedang dirancang bagi memperkukuhkan persaingan jurufoto perkahwinan dengan kehadiran jurufoto junior yang melambak dipasaran dengan perang harga yang tidak habis2!
Namun bagi kami di Art Matrix sentiasa positif menangani segala cabaran yang mendatang. Insyallah... gabungan kali ini tiada cacat-celanya. Bersedialah...!!

Dalam masa terdekat ini kemungkinan satu pelaburan akan dibuat ke ASB.. yang mana hampir sepanjang bulan puasa aku dok study dia punya flow dan kaedah nyer...
So bermula pada bulan ini Rm10K akan deposit secara tunai,, dan perjanjian kepada diri sendiri dibuat untuk memasukkan rm200 minima setiap bulan secara konsisten!
Insyallah jika berjaya plan ni dalam tempoh 5 tahun nanti merasalah kami untuk melabur pula ke bidang hartanah pula(kegemaran wife). dan setiap 2 tahun melabur lagi sehingga lah kami mendapat pulangan jangka panjang unutk tempoh 20 tahun dari sekarang...

Mudah-mudahan segala perancangan ini di permudahkan dan kami tidak menolak jika berlaku dugaan kerugian.. Insyallah kami bersedia dari segi mental dan emosi dan back-up plan.
Ini merupakan sebahgian kecil perancangan tahun 2009 yang bakal dilanjutkan sehingga pertengahan tahun 2010. Bersemangat giler sekarang ni.. macam nak melompat rasanya. Wuuuhuuuuuuu!!! (effect bunyi melompat setinggi 1.5 meter....boleh terpelecok tumit)

No comments: