Followers

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan... hari ke 5

Alhamdulillah dah masuk hari ke 5 dan kebetulan cuti sekolah!.. Macam2 urusan kena selesai walaupun cuti... Tanda soalan percubaan... Bagi markah nyer... Draf paperwork meeting JKD RC.... edit kan soalan PPD... sempat2 kan. Sumer nak naik cuti paling awal selasa!!
Rumah memang tak pernah habis dikemas,, slow2 beb.. tulang 4 kerat ni posa jugak! hihi alasan...
Puasa kali ni lebih simple dari tahun lepas... malas nak ke bazar perling (baru pergi 1st day posa) x der yang berkenan... baik beli masak ringkas jer.. yang makannyer berdua jer.. Semalam singgah kat bazar nusaperintis pun sama.. beli satay RM5 kat pasarmalam sebelah jer.. beza RM0.10 secucuk... murah pasar dari bazar!Kejap je ronda berdua jer.. anak tinggal kat umah! Bahaya H1N1 belum reda..
lega dah makan satay walaupun x sesedap satay kajang HJ Samuri... peeergh leleeeh...

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Do'a
malaikat Jibril menjelang Ramadhan..
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu SAYA dan Keluarga ingin mengambil kesempatan terlebih dahulu memohon MAAF jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahu pun yang disengajakan (tanpa niat), semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah swt., Insyallah

Wednesday, August 19, 2009

Sebuah lukisan...keluarga


FamiliPainting2009, originally uploaded by isometrikdp.

Catan ini dilukis atas kanvas dengan menggunakan media akrilik.. Lama tak sentuh berus dan cat... Terkial-kial semasa mula membuat lakaran kemudian bila dah bancuh warna dan sapu atas kanvas baru terasa aura illustration masa dulu-dulu!
Pergh...syok pulak rasanya. Tapi sayang...Kanvas ni cuma baru ada 2 keping jer yang ready... lain blum buat frame lagi..
Oh ya..ni adalah lukisan karikatur keluarga yang paling besar pernah dihasilkan...saiz 80cm x 60cm setiap satu... best jugak main painting besor2 nih! Tungguu...

Monday, August 17, 2009

zizie....nak g mana?


zizie....nak g mana?, originally uploaded by isometrikdp.

Zizie... yang selalu nak dukung dan nak ikut walau kemana sahaja papa n mama dia pergi... dah pandai jalan dan berlari.. tapi masih nak "kung...." (maksunya nak dukung..)
Sedang negara menghadapi wabak H1N1... sori lah nak pergi ke shoping mall yang padat2.. kalau pergi pun kat area yang lengang jer... Tu pun sebab dah nak beli barang sangat... Lagi pulak nak puasa ni, kena dah bersiap sedia bahan2 kering senang nak buat sahur ke... Tinggal minggu ni jer sebelum ramadhan bermula...
Aku yang masih belum 100% pulih dari demam cuba menggagahkan diri.. membuat persiapan! Ada ajer kerja y nak disetlekan bila anak2 masuk tido jer startlah kerja mengemas dan menukang rumah...(macam terer..huhu)

Wednesday, August 5, 2009

Merdeka TanahAirku..

Dah bulan Ogos! Bulan Kemerdekaan.. Sebagai rakyat Malaysia saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 52... Semoga negara kita terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian antara kaum. Jauhkan lah daripada kekacauan dan huru-hara, hilangkan lah sifat hasad dengki sesama insan, berilah peluang kepada semua untuk mengecapi nikmat hidup yang seketika untuk beribadah kepadaNya. Semoga kita beroleh kejayaan di Dunia dan di Akhirat.. Insyallah.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!