Followers

Friday, October 30, 2009

keluar ke taman lagi...


Seronok!!.Tak lekang senyum tawa anak2 bermain, berlari sepuas-puasnya di taman bukit indah baru2 ni... sajer keluar sebab dah lama x bawa bebudak ni keluar. Asyik main depan posh kereta jer. Depan pagar rumah lagi lah, kawasan larangan sejak kes2 culik ni!

Bukan lama pun kami di taman, cuma 1 jam tapi lihat saja aksi dan keletah zizie dan wani yang sememangnya aktif dan bila penat baru berhenti sebentar (beberapa saat sajer) dan sambung main kesemua tempat permainan yang ada.

Zizie yang pertama kali main gelonsor, cuba2 takut lepas tu, tak boleh nak stop!..



Wanie dengan aiskrim durian! haw3
Untuk sesi penutup dan kaedah biasa kami buat untuk pujuk bebudak ni rest dan ajak balik ialah belikan aiskrim... aiskrim rm1...
Dan berangkat pulang kami apabila jam tepat pukul 6.30... kang lewat sangat kena gigit nyamuk aedes!! huhuhu

Tuesday, October 27, 2009

Huh,,, bulan oktober yang sangat panjang dirasakan kali ini. Banyak perkara berlaku dengan sangat pantas dan padat. Ada masanya dalam sehari ada 3 program sekali gus. Sekolah dan freelance job. Tambahan pula sekarang ni dah tambah lagi satu job yang sememangnya dari dulu minat kearah itu. Namun disebabkan teknologi kureng sket, bermulalah pada bulan ini. Tahun ini. Tahun kecemerlangan dan titik permulaan kehidupan.
Sepanjang pertemuan dengan beberapa rakan2 seperjuangan. Nampak gaya tahun ini agaksedikit lembab. Masyarakat seolah-olah berhati2 berbelanja demi keperluan hari esok. Namun promosi yang gigih tidak mengenal keluh resah, akan di sajikan berbagai keuntungan dan penjimatan peribadi kepada customer yang memilih yang terbaik untuk mereka.
So masa sudah bertambah dan kerja pun sudah semestinya xtra va ganzza. Apa pun berkat kesabaran dan fokus setiap kali kerja dilaksanakan bagi mengelak kesilapan silam berulang ulang.. wokeh celoteh pendek kerja menimbun.. work smart get smart.

Thursday, October 22, 2009

d70s ku...

Sebuah senjata yang banyak berjasa.. pencetus era fotografi digital buat aku yang secara tidak sengaja masuk ke dunia foto.
Bermula dengan beli tanpa lens.. guna lens manual (18-55mm kit lens FM10).. dengan harga hampir RM2k... cash!. Satu pelaburan yang agak tinggi untuk tahun 2006!
Maka dari detik itu perlahan-lahan empunya kamera mengasah kemahiran digital dengan pemahaman White Balance, Noise control, Program setting, sampai pemilihan lens yang sesuai dengan job semasa.
Hampir nak katam buku manual nyer.. Rupa2 nya lagi senang belajar daripada utube (aku baru tau tahun ni!!).. banyak lagi tricky yang kita boleh dapat daripada kamera hebat ni!!..
Sebenarnya kamera ni aku baru jual sebab ingat nak labur satu lagi lens.. mungkin.. hehe
Apa pun kamera ini tak pergi jauh sangat, masih di JOHOR. Pembelinya masih baru nak berjinak2 ke dunia fotografi (semangat kental!!). masih boleh jenguk lagi dan bertanya khabar berita kamera ku itu... huhuhu sedih!
Jangan lihat kebelakang! Jangan pandang belakang?! Maju terus. Banyak lagi perancangan yang perlu di gapai dan tentunya dengan senjata baru untuk job bulan 11 dan 12 ni... penangan nyer bakal bikin ribbuuuuut!!!! (Semangat nih!)
ok cukuplah entry kali ni... sambung kerja!! Hideeeeeyy!!

Wednesday, October 14, 2009

FRAME KAYU EMAS RM150

Photobucket

Soalan yang biasa diterima untuk pakej FRAME KAYU EMAS nih...

S- Ni pakej khas untuk pengantin sahaja?
J- Tidak. Semua boleh aniversari, keluarga, adikberadik, baby baru, rakan kerja dsb.

S- Saya pengantin lama... boleh buatkan ke?
J- Boleh! Janji ada lagi gambar asal (dalam album..) atau negatif filem nyer.

S- Gambar asal cam rosak sikit.. boleh adjust?
J- Boleh! beri masa dala
m 2 minggu untuk di edit semula gambar tersebut. Kalau dapat negatif filem lagi senang. :)

S- Bagi dalam bentuk JPEG boleh?
J- Lagi boleh. Cuma nak pastikan file minima dia 1MB

S- Boleh kasi effect ke macam gambar hitam putih / sepia?
J- Nak macamana boleh. Janji u suka.

S- Boleh tambah lebih dari satu gambar dalam frame tu tak?
J- Boleh.Tapi di syorkan maxima 3 keping dengan tambahan 1 gambar RM10 sahaja

p.s: Jika anda berminat sila hubungi kami di http://art-matrix.fotopages.com.. sebagai rujukan style editing... :)

Monday, October 12, 2009

Booking for Nov to Dis 2009

Salam hormat kepada pengunjung budiman...


Untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anda, kami di Art Matrix Studio menawarkan hadiah PERCUMA'S!!! Istimewa kepada para pelanggan yang menempah jurufoto kami sebelum 15 November 2009.

Apa hadiah PERCUMA"S nyer??

Anda boleh pilih:

a) Frame kayu saiz 11R beserta gambar di edit!

- atau -

b) Extra black stickey album 20 muka surat!!

- atau-

c) Speacial Price untuk xtra frame kayu 16x24 beserta gambar di edit!!!

So apa tunggu lagi.. ni promosi paling singkat dan limited jer.. Hubungi talian HOTLINE nih!!!

013-2377983 (Nizzam) / 012-7152321 (Nazry)

atau email

artmatrixstudio@gmail.com

*p.s: miss call, sms, email, YM semua boleh janji kasi tau siapa nama n bagi nombor contact ma.. :)

Friday, October 9, 2009

transform.... :)


Upgrading... dari D70s ke D80 NIKON.. Semestinya NIKON!!. Baru angkat malam tadi dengan harga bawah RM2k. :)
Hapi?? Tentulah.. sebab ada function yang ditunggu2 pada D80... so lepas ni lain macam sikit kesan khas yang boleh di buat.
X nak ngomel banyak nantikan hasil gambarnya.. tungguu...

Sunday, October 4, 2009

Teruskan berjuang!!

Salam hormat.

Alhamdulillah pada tahun 2009 ada beberapa pencapaian yang agak menarik untuk dikongsikan bersama di blog kali ini.
Antaranya.. ialah pada tahun ini aku dapat melaburkan hampir 80% duit kwsp aku pada setup rumah yang baru nak masuk 3 bulan diduduki. kalau x der la fulus ni kena lah buat loan.
Masalah nyer nasib ada duit simpanan di kwsp! dikeluarkan pun sebab tukar ke skim pencen! kira tetap berpencen lah kerja govment...
Banyak dapat disetlekan sehingga kami sekeluarga agak selesa dengan beban hutang yang tidak besar melainkan loan kereta dan rumah!
Kredit kad? sori lah... x terangsang nak gunakan... janji dah pernah merasa okey lah tu. Banyak sangat sangkak kad plastik tu.
Kad debit? So far ok dan puas menggunakannyer sebab kegunaannya mengikut berapa duit kita. diulangi duit kita! :)
Penggunaan kad ni x lebih kepada bila nak berbelanja besar (shooping kat jusco dan servis kereta..)
Ianya menyenangkan untuk kita kawal belanja dengan duit x banyak di dompet... faham2 jer la, kalau dah tahu cash berkepuk mesti senang2 jer sambar apa2 yang berkenan di hati. Hancusss!

Penggabungan tenaga bersama studio inspirasi yang pada awalnya seperti jalan mudah bagi menempa kejayaan tahun2 sebelumnya.. Namun impak kemelesatan ekonomi masih meruncing!
Orang berkira2 untuk mendapatkan khidmat kami sebagai jurufoto profesional. Berdasarkan analisa yang di jalankan maka kami dapati penurunan dari segi jumlah tempahan menurun sebanyak 20%..
Maka dengan itu diharapkan selepas selesai suasana hari raya... harap ada berita gembira dengan prestasi ekonomi global sehingga penghujung tahun ini.
Pelbagai strategi menarik yang sedang dirancang bagi memperkukuhkan persaingan jurufoto perkahwinan dengan kehadiran jurufoto junior yang melambak dipasaran dengan perang harga yang tidak habis2!
Namun bagi kami di Art Matrix sentiasa positif menangani segala cabaran yang mendatang. Insyallah... gabungan kali ini tiada cacat-celanya. Bersedialah...!!

Dalam masa terdekat ini kemungkinan satu pelaburan akan dibuat ke ASB.. yang mana hampir sepanjang bulan puasa aku dok study dia punya flow dan kaedah nyer...
So bermula pada bulan ini Rm10K akan deposit secara tunai,, dan perjanjian kepada diri sendiri dibuat untuk memasukkan rm200 minima setiap bulan secara konsisten!
Insyallah jika berjaya plan ni dalam tempoh 5 tahun nanti merasalah kami untuk melabur pula ke bidang hartanah pula(kegemaran wife). dan setiap 2 tahun melabur lagi sehingga lah kami mendapat pulangan jangka panjang unutk tempoh 20 tahun dari sekarang...

Mudah-mudahan segala perancangan ini di permudahkan dan kami tidak menolak jika berlaku dugaan kerugian.. Insyallah kami bersedia dari segi mental dan emosi dan back-up plan.
Ini merupakan sebahgian kecil perancangan tahun 2009 yang bakal dilanjutkan sehingga pertengahan tahun 2010. Bersemangat giler sekarang ni.. macam nak melompat rasanya. Wuuuhuuuuuuu!!! (effect bunyi melompat setinggi 1.5 meter....boleh terpelecok tumit)