Followers

Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU



Entry kali ni di buat khas sempena sambutan hari guru pada 16hb MEI ni... So di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada bekas guru dari pada sekolah rendah lubuk kelubi, hulu langat (lama dah tak menjenguk kesana....) guru-guru agama kat sekolah agama lubuk kelubi... yang mana aku sempat masuk 4 tahun jer... tak habis darjah 6!
Sekolah Menengah Abdul Jalil (masa tu belum tambah "kebangsaan") yang menyimpan banyak kenangan manis terutama dinding2 yang di buat mural. Agak2 nyer ada lagi ke tidak... Lama sangat tinggal nak singgah segan pulak... Dengar ceriter sekolah ni dah di naik taraf sebagai sekolah Bestari... Hebat dan patik merasa bangga sebagai bekas!...
Kemudian selepas habis SPM, sambung ke ITM, abis konvo..kerja macam nak mampus!...dapat masuk Maktab... Maktab Perguruan Teknik.K.L... dan bermulalah episod aku sebagai "guru" dengan menjengah ke beberapa sekolah untuk membuat kajian dan praktikal.... Jauh perjalanan..Luas pandangan dan pengalaman... Macam2 patern dan style ditemui... dan kini dah nak masuk tahun ke 4 bergelar cekgu...
Syukur alhamdulilla dengan rezeki daripada pekerjaan ni.. dapat lah aku menghidupkan keluarga dengan kesederhanaan.. kalau ada rezeki di luar sana memang tak tolak... rembat trus!! Heheh
Jadik disini dikesempatan ruangan ini (dah blog sendiri...) aku nak mengucapkan selamat berjuang dan perjuangan sebagai guru dalam mendidik anak bangsa di era globalisasi kala ini amat-amat mencabar dan tidak semua mampu bertahan, tetapi yang mampu! Teruskan!!ANDALAH GURU SEJATI!!! (ucapan ini ditaip sambil tangan kanan menabik springg..)
Abis.

2 comments:

Ummi said...

Selamat hari Guru untuk pasangan guru nie.... ;)

Yeyy Yeyy said...

ngeeee~~

bkal ckgu kot.hehe.

sdah pg interbiu la.tpi lom kluar kpotusannya.

waaaaaaa.sy nk sgt jd cekgu.

btw.SLAMAT ARI GURU jga.

;D