Followers
Wednesday, July 14, 2010
Penggal ke 2 tahun 2010
Bulan Julai sudah kembali...
Macam x percaya dah masuk bulan tujuh, seven ma.... aktiviti wajib ketika ini ialah menghidupkan semula projek buku dan sales marketing untuk 2 major bisnes yang agak perlahan pada awal tahun ni.. Ini mungkin disebabkan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.. rakyat belum mempunyai kuasa berbelanja yang besar ketika ini.. berbagai isu dan senario dah berlaku sehingga akhir bulan lepas.
OK lah yang lepas tetap lepas, yang datang pasti tiba, dan sebagai insan yang sentiasa nak meningkatkan diri tidak harus mengeluh seperti mereka-mereka (ramai nyer mereka....) Rancangan dah direkod dan terancang dengan teliti. Masa nya telah tiba untuk menggerakkan ia dengan lebih agresif dan produktif. Masa tidak menyebelahi sesiapa dan x berat sebelah. Hanya kesedaran melonjakkan kita ke hadapan.
Melakukan kerja 2,3, 4 dalam 1 masa dah menjadi rutin. Mungkin pada pandangan orang nampak kita dah cukup.. cukup segalanya.. bersyukur dengan apa yang ada... mm.. boleh terima dengan sikap bersederhana, tapi bukan usaha! ya... rezeki apa yang ada kita patut bersyukur, tapi kalau tak berusaha, ala kadar atau lebih malas dari tahun sabelumnya... jangan menunding jari ke muka orang... cermin semula sikap dan usaha kita seketika.. (ada kebenarannya..)
Jatuh bangun, cepat perlahan dalam dunia ini dah ditentukan oleh Ilahi. Jika sebelum ini kita tak dapat capai sasaran, muhasabah diri dan lihat dimana silapannya. Mungkin Tuhan menguji kita samada kita masih beringat-ingat... satu hari nanti bahagian kejayaan untuk kita akan tiba...!
Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang bekerja dan beribadat bukannya bekerja tapi mendapat laknat.. nauzubillah..jauh lah.
Labels:
insan,
kehidupan,
kerja,
motivasi diri
Subscribe to:
Posts (Atom)