Followers

Wednesday, January 27, 2010

Full Version Custom Album Hajar & Husni Dis 2009


Untuk Paparan lebih mengancam dan besar sila ke Fotopages kami.... :)

Sebuah karya nizzam aka isometrikdp....
(013-2377983)
isometrikdp@yahoo.com (YM)
nizzam77@gmail.com (facebook)
http://isometrikdp.fotopages.com

Sunday, January 24, 2010

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

(sumber daripada berita online ahad 24hb Jan 2010)

nizzam aka isometrikdp menulis....
(013-2377983)
isometrikdp@yahoo.com (YM)
http://isometrikdp.fotopages.com
http://isometrikdp.blogspot.com

Monday, January 11, 2010

Selamat tahun baru...2010 masih ada waktu untuk diucapkan..


Selamat tinggal segala memori 2009 yang penuh dengan kegemilangannya tersendiri dan sudah pasti menjadi penanda aras kemajuan diri dan organisasi ku.
Terima kasih 2009, terima kasih rakan-rakan, terima kasih kaum kerabat, terima kasih sayang, terima kasih semua... sokongan anda menjadikan diri ini hidup...!
Sehubungan dengan itu ketibaan 2010 dinantikan dengan penuh debaran dan persiapan yang rapi. Peluang pada tahun baru ini tidak lain datangnya daripada bidang pendidikan itu sendiri yang mana pada tahun2 sebelum ini aku hanya terlibat secara tidak langsung dan atas dasar ikhsan.
Peluang tidak datang sekali dan akan digempur habis-habisan dengan segala tenaga yang ada untuk merialisasikan peracangan ini..
Sasaran dalam tempoh perit dari bulan Januari hingga Mac ialah dapat menyiapkan sekurang-kurangnya 40% draft / model yang boleh diproceed pada bulan berikutnya. Jika tidak pada aku macam dah terlewat.
Biarkan perasaan teruja ini berpanjangan sehingga bercampur baur dengan kepenatan akan kesibukan kerja sekolah yang tidak pernah habis..pengorbanan satu kewajiban untuk berjaya... insyallah doakan kejayaan kami..

nizzam aka isometrikdp menulis....
(013-2377983)
isometrikdp@yahoo.com (YM)
http://isometrikdp.fotopages.com
http://isometrikdp.blogspot.com