Followers

Friday, September 26, 2008

salam aidil fitri

SALAM AIDIL FITRI

Daripada Nizam, Nurul, Zetty & Zizie. Kami akan bercuti di Perak pada ahad ni sehingga raya ke 3.. Sesiapa yang dah prepare duit raya untuk 2 puteri kami jangan risau.... kami sedia menunggu / datang sendiri menuntutnyer.. heheh

40 jari (dah 4 org..) disusun memohon kemaafan kepada semua yang mengenali keluarga ini.. semoga kerahmatan ramadhan berterusan sehingga ke syawal dengan limpahan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga daripadaNya.. Semoga dipanjangkan umur agar dapat lagi bertemu pada ramadhan yang akan datang, insyaallah..

Wednesday, August 27, 2008

Keluar ke taman!!








Ke taman?!.. Ya kami ke taman tempat orang boleh relax2, duduk2, jalan2, lari2, main2... bersama family di waktu kelapangan...
Macam biasa wani memang suka main permainan di sana, abis semua nya nak di panjat. Siap bawakan basikal. Pergh memang semput nak ngejor kalau dia memecut.
Lepak lah lebih kurang jam 5.30 sampai 6.30. Bila semua dah penat.. on da way balik dah tido sume dalam kereta.
Malam boleh buat kerja tanpa gangguan budak2 ni. Maklumlah buat 2 kerja sekarang.... carik rezeki lah katakan....

Wednesday, August 13, 2008

Ogos oh ogos


Salam bulan kemerdekaan.. dah bulan Ogos.. apa pencapaian menarik pada bulan lepas agak nyer..
agak slow sikit... kerana sibuk dengan pentaksiran kerja khusus pelajar... alhamdulillah dah selesai dan markah pelajar x banyak kena cantas.. berbanding tahun sebelum ni.
Tu hal sekolah.. macamana pulak dengan bisnes foto... em... dalam bulan ni banyak tempahan namun ada yang last minute cancel... ni nak kena kaji sebabnyer...
nak berjaya bukan senang kan...
Bulan depan ni kalau tak ada aral mungkin aku akan melaburkan beberapa benda yang selama ini asyik tengok member lain buat... antaranya..
1- Labur RM kat Public Mutual... menarik jugak dia punya plan (jangka pjg) dia yang boleh bagi pulangan sehingga lebih 13% setahun... ni cara senang yang aku yakin boleh jana simpanan untuk 5 ke 10 tahun dari sekarang...
2- Aku lengkapkan studio set fotografi dan gajet lain yang bajetnyer x lebih dari RM5,000 jer. Secara x langsung klient semakin yakin dengan fasilities dan aku pulak x la lagi segan silu bila orang tanya "u boleh shot gambar studio x ?"... so lepas ni pakej akan ditambah lah... job pun makin mahsyuuuuk
3- Disebabkan bulan depan dah puasa... ingat nak bersedekah dengan belikan baju raya untuk anak2 buah kat kampung... bila lagi dapat peluang rezeki lebih ni.. moga2 berkat bersedekah ni,makin mencurah2 rezeki kelak

...mungkin ada yang musykil dari macamana mamat ni dapat RM siap nak labur macam2... hehe benda ni dah lama planning dan x sangka sebenarnyer...x pe biarlah perkara ni menjadi tanda tanya.. ada masa nanti bila dah jadik baru aku story...

p/s: giler dah tak sabar nih... borang dah lama isi tunggu sain aje...

Tuesday, July 29, 2008

mari mengemas woi

beberapa hari dah aku dok sibuk mengemas! bermula dengan fail gambar2 tahun lepas yang dah sepatutnyer di pindah ke CD supaya ringan sikit!
Kalau tak, slow giler bila nak buat design.. may be PC fair bulan depan sambar external hardisk (mudah nak buat back up file).
Seharusnyer pada aku benda ni kena selalu beringat... nanit bila komputer dah sesak dengan file dan kena pulak virus tah hape2... hancus sumer!
Kalau terkena gambar job kahwin lagi giler nak menjawab dengan klient... jangan buat pasai...
Biarlah luangkan sikit masa (dah 3 hari..) untuk susun dan melabel folder mengikut event.. baru lah senang nak carik balik kot nak pakai.. mana tau...

Oh bulan depan dah Ogos...banyak lagi perancangan yang dirancang sejak awal tahun ni belum tercapai dan agak perlahan... (kengkangan masa dengan kerja sekolah..)
Apa pun biar perlahan janji target mesti dalam tahun ni ada pencapaian terbaik yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus dalam bidang ni.
Melihat rakan2 lain yang hidup mati dalam bidang fotografi... memang tabik! kalau aku, sama lah. Nak servive dalam industri yang ada turun naik (banyak naik harga..) pasaran.
Mana lagi nak bagi makan anak bini.. Aku yang begini pun selagi badan larat,, jika perlu, bersengkang mata siapkan kerja2 kalau dah date line dekat...

Monday, July 28, 2008

anak papa

ni gambar zizie yang baru masuk 5 bulan... lewat sebulan baru nak upload.. sekarang ni dia dah 6 bulan 20 hari.... nanti2 kalu ada masa update lagi..
apa yang ingin dikongsikan disini ialah peluang untuk bersama dengan anak2 kita... setiap hari kesibukan kerja memang tak habis-habis... selagi bukak mata kerja-kerja-kerja... pada aku yang baru berpeluang bersama betul2 ni la dengan anak kedua... masa anak sulung 4 tahun dulu aku kena dok kat cheras nu sambung belajar.... setahun.... balik sebulan sekali jer... dapat main kejap2 hujung minggu petang dah balik KL.... macama2 miss... dapat tau pun dekat phone, gambarkan aje macamana.... masa tu pulak kamera guna filem... x la sebabnyak hari ni merakam setiap saat aksi pembesaran budak2..
sedih pulak kalau di ingatkan... apa pun kali ni... keadaan semakin baik, alhamdulillah rezeki makin datang, kekadang aku seronok bersama berdua sajer (dengan zizie) sambil mak dan kakak dia gi shooping... merasalah basuh berak.... suap makan ... meragam nak berdukung 2 jam straight... x kesah lah.. janji dapat bersama. Sampai malam kena stay ke pagi siapkan kerja selepas anak2 sumer dah tido.... nka di fikirkan penat memang penat... tapi biarlah kepenatan ini kita niatkan agar suatu hari nanti dia perlakukan perkara yang sama kepada anak cucu nya... jangan menganiaya budak kecik.... mudah-mudahan lah...

Wednesday, July 2, 2008

mahu atau tidak

Salam... sejak kebelakangan ni aku cuba menjengah blog rakan2dan pesaing2 niaga, maka terpampang segala aktiviti mereka yan pada aku memang agresif.
Sememangnyer patut begitu. atau ini disebabkan faktor kenaikan harga petrol dan tekanan perbelanjaan sekarang.
Bagus lah macama tu.. Ada yang dah wat pakej baru... blog foto baru.. artwork baru... dan yang aku paling terbakar, web site baru! ni yang pakcik tension ni...
My plan may be next year maybe kot... sebab ada banyak perkara yang lebih penting perlu di dulukan... so kalau nak set up web site kena bersabar lah...
Lagi pun aku bisnes cuma freelance jer.. setakat nak tambah2 duit bulan2 dapat lah... nak kaya lum lagi...
Macam sedih pulak post kali ni... tapi sebenarnya tak... ni tengah semangat nak set up package baru harga baru yang lebih menarik hati pelanggan yang sememangnya bijak memilih.
Usaha lebih gigih lepas ni... insyallah!

Saturday, June 21, 2008

jamuan Hari GUru SMKTA 2008

macam nampak jer benda nak di makan....
apa-apa hal pun pekena teh tareeeek dulu...
penulis bersama pakar rasa makanan dari CIQ... power merasa member ni..
kan aku dah cakap... entah kemana pinggan lauk aku!
jamuan hari guru... di Persada Johor . Restoran Sri Selasih.. kena lah gaya dengan minuman istimewa disini.. air sirap selasih... pergh... beku lidah!!

Tuesday, May 13, 2008

bertemu semula


ni lah dia geng RCG... dari ber 6 tinggal ber 5... dari kiri aku, Yoehana, Azwan, Din dan Hj Zaki...
x selalu dapat peluang jumpa semula... nasib2 jer kalau ada meeting.
meeting kat seri malaysia, Tg Gemok, Rompin Pahang... 3 hari 2 malam.. tajaan JPNJ.

:: bila tahun depan siapa pula yang tinggal yek.

Thursday, May 1, 2008

kasut stylo aku


Ni kasut lama giler aku sarung... ada dekat 2 tahun... tengok la dalam bulan depan ganti atau rehatkan kejap...
Cari kawan baru dia.. mungkin species sama jugak...

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA

Ini merupakan paparan buat julung kali bagi isometrik dalam kancah jaringan internet yang sangat luas.. Namun semangat untuk sama-sama mengikut arus perkembanga teknologi akan terus membara bagi menghanyatkan industri khususnya bagi usahawan bumiputera di tanahair tercinta ini.

Sekian dahulu, ada banyak yang bakal menyusul kelak.