Followers

Tuesday, July 29, 2008

mari mengemas woi

beberapa hari dah aku dok sibuk mengemas! bermula dengan fail gambar2 tahun lepas yang dah sepatutnyer di pindah ke CD supaya ringan sikit!
Kalau tak, slow giler bila nak buat design.. may be PC fair bulan depan sambar external hardisk (mudah nak buat back up file).
Seharusnyer pada aku benda ni kena selalu beringat... nanit bila komputer dah sesak dengan file dan kena pulak virus tah hape2... hancus sumer!
Kalau terkena gambar job kahwin lagi giler nak menjawab dengan klient... jangan buat pasai...
Biarlah luangkan sikit masa (dah 3 hari..) untuk susun dan melabel folder mengikut event.. baru lah senang nak carik balik kot nak pakai.. mana tau...

Oh bulan depan dah Ogos...banyak lagi perancangan yang dirancang sejak awal tahun ni belum tercapai dan agak perlahan... (kengkangan masa dengan kerja sekolah..)
Apa pun biar perlahan janji target mesti dalam tahun ni ada pencapaian terbaik yang boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus dalam bidang ni.
Melihat rakan2 lain yang hidup mati dalam bidang fotografi... memang tabik! kalau aku, sama lah. Nak servive dalam industri yang ada turun naik (banyak naik harga..) pasaran.
Mana lagi nak bagi makan anak bini.. Aku yang begini pun selagi badan larat,, jika perlu, bersengkang mata siapkan kerja2 kalau dah date line dekat...

Monday, July 28, 2008

anak papa

ni gambar zizie yang baru masuk 5 bulan... lewat sebulan baru nak upload.. sekarang ni dia dah 6 bulan 20 hari.... nanti2 kalu ada masa update lagi..
apa yang ingin dikongsikan disini ialah peluang untuk bersama dengan anak2 kita... setiap hari kesibukan kerja memang tak habis-habis... selagi bukak mata kerja-kerja-kerja... pada aku yang baru berpeluang bersama betul2 ni la dengan anak kedua... masa anak sulung 4 tahun dulu aku kena dok kat cheras nu sambung belajar.... setahun.... balik sebulan sekali jer... dapat main kejap2 hujung minggu petang dah balik KL.... macama2 miss... dapat tau pun dekat phone, gambarkan aje macamana.... masa tu pulak kamera guna filem... x la sebabnyak hari ni merakam setiap saat aksi pembesaran budak2..
sedih pulak kalau di ingatkan... apa pun kali ni... keadaan semakin baik, alhamdulillah rezeki makin datang, kekadang aku seronok bersama berdua sajer (dengan zizie) sambil mak dan kakak dia gi shooping... merasalah basuh berak.... suap makan ... meragam nak berdukung 2 jam straight... x kesah lah.. janji dapat bersama. Sampai malam kena stay ke pagi siapkan kerja selepas anak2 sumer dah tido.... nka di fikirkan penat memang penat... tapi biarlah kepenatan ini kita niatkan agar suatu hari nanti dia perlakukan perkara yang sama kepada anak cucu nya... jangan menganiaya budak kecik.... mudah-mudahan lah...

Wednesday, July 2, 2008

mahu atau tidak

Salam... sejak kebelakangan ni aku cuba menjengah blog rakan2dan pesaing2 niaga, maka terpampang segala aktiviti mereka yan pada aku memang agresif.
Sememangnyer patut begitu. atau ini disebabkan faktor kenaikan harga petrol dan tekanan perbelanjaan sekarang.
Bagus lah macama tu.. Ada yang dah wat pakej baru... blog foto baru.. artwork baru... dan yang aku paling terbakar, web site baru! ni yang pakcik tension ni...
My plan may be next year maybe kot... sebab ada banyak perkara yang lebih penting perlu di dulukan... so kalau nak set up web site kena bersabar lah...
Lagi pun aku bisnes cuma freelance jer.. setakat nak tambah2 duit bulan2 dapat lah... nak kaya lum lagi...
Macam sedih pulak post kali ni... tapi sebenarnya tak... ni tengah semangat nak set up package baru harga baru yang lebih menarik hati pelanggan yang sememangnya bijak memilih.
Usaha lebih gigih lepas ni... insyallah!